Mengetahui Cara Pembelajaran Anda (VAK )
Pilih jawapan yang paling mewakili perwatakan anda.
1. Semasa saya ingin memasang barang baru, biasanya saya akan:
a. Membaca peraturan terlebih dahulu
b. Mendengar penerangan dari seseorang yang pernah melakukannya
c. Terus melakukannya, saya akan dapat jalan semasa saya melakukan
2. Apabila saya memerlukan arah tuju untuk perjalanan, saya biasanya:
a. Berpandukan peta
b. Bertanya pada orang
c. Menggunakan naluri sendiri
3. Apabila saya ingin mencuba resepi baru, saya lebih suka:
a. Ikut buku resepi
b. Hubungi rakan untuk penerangan
c. Mengikut naluri hati dan mencuba semasa memasak
4. Jika saya mengajar seseorang tentang perkara baru, saya lebih suka untuk:
a. Menuliskan arahan untuk mereka
b. Memberi mereka penerangan secara lisan
c. Menunjukkan kepada meraka cara melakukan dan meminta mereka melakukannya semula
5. Saya lebih suka berkata:
a. “Lihat bagaimana saya lakukan”
b. "Dengar cakap saya"
c. "Tolong buat"
6. Semasa saya ada masa lapang, saya paling suka:
a. Melawat muzium dan galeri-galeri
b. Mendengar muzik atau berbual dengan rakan-rakan
c. Bersukan atau membuat kerja-kerja sendiri
7. Semasa saya membeli-belah pakaian, saya lebih suka untuk:
a. Membayangkan bagaimana rupa pakaian itu pada saya
b. Bertanya kepada pembantu kedai
c. Mencuba pakaian tersebut
8. Semasa saya ingin memilih percutian, biasanya saya akan:
a. Banyak membaca majalah
b. Mendengar cadangan dari rakan-rakan
c. Membayangkan diri sendiri berada disana
9. Jika saya ingin membeli kereta/motorsikal baru, saya akan:
a. Membaca komen di suratkhabar atau majalah
b. Berbincang dengan rakan-rakan apa yang saya perlukan
c. Mencuba dahulu pelbagai jenis kereta/motorsikal
10. Apabila saya mempelajari perkara baru, saya lebih selesa:
a. Melihat bagaimana cikgu melakukannya
b. Bertanya terus dengan cikgu apa yang patut saya lakukan
c. Mencuba sendiri dan melihat bagaimana ia dilakukan
11. Apabila saya memilih makanan di menu, saya akan
a. Membayangkan bagaimana rupa makanan tersebut
b. Berbincang tentang makanan di dalam fikiran atau bersama teman saya
c. Membayangkan bagaimana rasa makanan tersebut
12. Semasa saya menonton persembahan muzik, saya selalu:
a. Melihat penyanyi dan penonton lain
b. Mendengar lirik dan rentak lagu tersebut
c. Menari mengikut retak lagu tersebut
13. Semasa saya menumpukan perhatian, saya biasanya:
a. Tumpukan perhatian kepada perkataan dan gambar dihadapan saya
b. Membincangkan masalah dan mencari jalan untuk menyelesaikannya dalam fikiran saya
c. Banyak bergerak, bermain pen atau pensel dan banyak menyentuh barang-barang lain
14. Saya akan memilih perabot kerana saya suka:
a. Warna dan rupa perabot itu
b. Penerangan penjual perabot kepada saya
c. Kualiti semasa saya menyentuh perabot tersebut
15. Ingatan pertama saya ialah:
a. Melihat sesuatu
b. Dengan bercakap
c. Melakukan sesuatu
16. Apabila saya gementar, saya akan:
a. Membayangkan perkara buruk
b. Bercakap dalam hati apa yang saya risaukan
c. Tidak dapat duduk diam
17. Saya akan menilai orang lain disebabkan:
a. Cara dan gaya mereka
b. Cara mereka bercakap
c. Bagaimana meraka membuat saya rasa
18. Semasa saya membuat ulang-kaji untuk ujian, saya biasanya:
a. Menulis banyak nota dan melukis gambar rajah
b. Membaca nota sendiri atau kepada orang lain
c. Membayangkan dengan membuat pergerakkan dan mencipta formula
19. Jika saya menerangkan sesuatu kepada seseorang, saya akan:
a. Menunjukkan kepada mereka apa yang saya maksudkan
b. Menerangkan kepada mereka beberapa cara sehingga mereka faham
c. Menggalakkan mereka untuk mencuba dan terangkan idea untuk mereka lakukan
20. Saya sangat suka:
a. Menonton filem, photografi, seni dan melihat orang sekeliling
b. Mendengar muzik, radio dan bercakap dengan orang
c. Menyertai aktiviti sukan, makan makanan sihat dan minum atau menari
21. Saya suka meluangkan masa dengan
a. Menonton televisyen
b. Berborak dengan rakan-rakan
c. Melakukan aktiviti fizikal atau melakukan sesuatu
22. Semasa saya pertama kali ingin berkenalan dengan orang lain, saya biasanya:
a. Membuat temujanji
b. Bercakap di telefon
c. Berjumpa dan melakukan aktiviti bersama seperti keluar makan atau lain-lain
23. Perkara pertama yang buat saya tertarik apabila melihat seseorang ialah:
a. Rupa dan cara pemakaian mereka
b. Bunyi dan tutur kata mereka
c. Cara mereka berdiri atau bergerak
24. Semasa saya sedang marah, saya akan:
a. Sentiasa akan memikirkan apa yang membuat saya marah
b. Meninggikan suara dan memberitahu orang perasan saya
c. Melepaskan marah dengan menghempas pintu dan menghempas barang
25. Saya senang untuk mengingati:
a. Muka
b. Nama
c. Benda yang dilakukan
26. Saya boleh tahu jika seseorang menipu dengan cara mereka:
a. Mengelak untuk memandang saya
b. Perubahan pada suara mereka
c. Menunjukan sesuatu perangai yang pelik
27. Semasa saya berjumpa kawan lama:
a. Saya berkata “Seronoknya dapat berjumpa!”
b. Saya berkata “Wah! Lama tak dengar berita.”
c. Memeluk atau bersalaman dengan mereka
28. Saya selalu mengingati sesuatu dengan:
a. Menulis nota
b. Menyebut dengan kuat dan mengulangi perkataan yang penting dalam fikiran
c. Melakukan atau berlatih aktiviti tersebut dan membayangkan cara melakukannya
29. Jika saya ingin membuat aduan mengenai sesuatu barang yang rosak, saya lebih selasa:
a. Menulis surat/email
b. Membuat aduan menerusi panggilan
c. Membawa barang tersebut ke kedai atau menghantar terus ke ibu pejabat
30. Saya selalu berkata:
a. Saya faham apa yang awak maksudkan
b. Saya dengar apa yang awak beritahu
c. Saya pernah laluinya dan saya faham perasan awak
Ready to send